Tun M kayuh ‘gerek’ di Tasik Putrajaya

0
1

KESIHATAN Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad semakin baik dan beliau dilihat sudah kembali melakukan aktiviti riadah.

Berdasarkan satu hantaran di laman Facebooknya, bekas Perdana Menteri itu berkongsi mengenai aktivitinya mengayuh ‘gerek’ di Putrajaya, hari ini.

“Di Tasik Putrajaya pagi tadi, kayuh semula setelah beberapa bulan tak dapat kayuh gerek. Gerek ni perkataan Kedah untuk basikal.

“Saya tengok ramai yang amal gaya hidup sihat, Alhamdulillah dan tahniah,” katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu memaklumkan memilih Tasik Putrajaya yang diinspirasikan daripada Lake Como di Itali.

“Saya pilih Tasik Putrajaya, tapi tak ramai yang tahu landskap tasik ini sebenarnya diinspirasi daripada Lake Como di Italy, dengan perumahan di sekitarnya mengindahkan suasana,” kongsinya.

Dalam perkongsiannya itu, Dr Mahathir dilihat mengayuh basikal secara ‘tendem’ ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menaiki basikal berasingan.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) beberapa kali dan terbaharu pada 22 Januari lalu sebelum dibenarkan keluar pada 5 Februari lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here