‘Saya tidak gila harta, tidak pernah fitnah sesiapa’, balu Abam

0
1
Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali

BALU Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menyifatkan kemenangannya dalam kes saman fitnah difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh membuktikan dirinya tidak gila harta seperti didakwa.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Nor Hidayah melahirkan rasa syukur kerana Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan membersihkan namanya di atas pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya.

“Saya tidak gila harta dan tidak pernah fitnah sesiapa. Allah bersama orang yang benar-benar belaka.

“Doa-doa orang teraniya Allah makbulkan #abgggsayangmenang #berkatdoasemuaorang #berkatdoaanakyatim,” tulisnya di laman media sosialnya itu.

Jumaat lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Ini selepas Nor Hidayah menang dalam kes sama fitnah difailkan terhadap Ali.

Terdahulu, Ali mula berdepan kecaman sejak kemelut membabitkan dia dan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman dikemukakan Nor Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here