PRN Johor: Jangan terlalu beremosi ketika berkempen, tegur Naib Presiden UMNO

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=485270129639444&set=pb.100044693822065.-2207520000..&type=3

NAIB Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap parti bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) Johor tidak membuat kenyataan terlalu beremosi dan memburukkan satu sama lain.

Beliau berkata semua pihak harus bijak menggunakan ruang seperti media massa dan media sosial untuk menyampaikan idealogi masing-masing kepada pengundi tanpa perlu menabur fitnah.

Ujarnya, kenyataan atau tindakan beremosi hanya merugikan parti kerana rakyat hari ini semakin bijak membuat pilihan.

“Proses pendidikan dibina Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun, semua dah dapat masuk universiti dan ada pendidikan.

“Jadi dalam ruang lingkup ramai masyarakat kelas pertengahan dan mempunyai sivil tinggi, tidak payah hendak bermaki hamun dalam media, hanya jelaskan apa yang mahu dibuat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pekebun kecil makmur peringkat RISDA Johor di Labis, hari ini.-Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here