Ismail Sabri ingatkan ahli BN pastikan kemenangan calon, bukan luah tak puas hati

0
1

DATUK Seri Ismail Sabri meminta ahli Barisan Nasional (BN) tidak membangkitkan rasa tidak puas hati selepas pucuk pimpinan memuktamadkan calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden UMNO itu berkata sebaliknya setiap jentera harus bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon di setiap kawasan masing-masing dan menawan semula Johor dengan majoriti dua pertiga.

“Siapa yang dipilih wajib sokong, kita tidak mahu lihat ada masalah tidak puas hati kerana yang bertanding itu bukan mewakili diri mereka sendiri tetapi parti.

“Kalau kalah bukan dia seorang kalah tetapi kita semua pun kalah, selama bertahun-tahun kita bekerja kuat…tujuan kita menganggotai parti untuk memerintah,” katanya dalam petikan video di Instagramnya.

Video itu adalah sebahagian siri lawatan Ismail Sabri yang juga perdana menteri ke Johor hari ini.

PRN Johor akan diadakan 12 Mac depan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Januari lalu.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here