Muhyiddin tawar diri jadi penasihat ekonomi kerajaan Johor

0
1

TAN Sri Muhyiddin Yassin yang tidak bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, menawarkan diri sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri jika Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan pada 12 Mac ini.

Pengerusi PN itu berkata beliau berhasrat membantu ekonomi Johor yang terjejas akibat Covid-19 dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menyediakan latihan kemahiran, lapor Bernama.

“Saya akan bantu Johor. Siapa pun yang bakal dipilih sebagai Menteri Besar, dia adalah orang yang layak,” kata Muhyiddin yang juga bekas Menteri Besar Johor.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dan Endau di Mersing, malam tadi.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata semua bakal calon yang mewakili PN pada PRN Johor perlu mengangkat sumpah bagi memastikan mereka bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Presiden Bersatu itu berkata amalan tersebut yang telah dipraktikkan pada PRN Melaka akan memastikan semua parti komponen PN termasuk PAS dan Gerakan menjadi platform politik lebih baik.

Ia juga katanya, bertujuan memastikan negara bebas daripada pelbagai bentuk penyelewengan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here