MKT Umno tetap mahu kerajaan benarkan pengeluaran RM10,000 KWSP

0
2

UMNO konsisten dengan pendiriannya mendesak pengeluaran RM10,000 wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat kali terakhir kepada rakyat yang terjejas kehidupannya akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi, masih mengekalkan ketetapan mesyuarat terdahulu untuk meminta kerajaan mengambil kira keluhan dan harapan rakyat untuk pengeluaran kali terakhir itu.

“Dalam Mesyuarat MKT malam tadi, saya diminta Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membentangkan mengenai isu tuntutan rakyat agar dibenarkan buat kali terakhir pengeluaran RM10,000 one-off KWSP.

“Saya menegaskan rata-rata rakyat amat mengharapkan pengeluaran kali terakhir ini bukannya saja-saja, tetapi demi kelangsungan hidup yang mendesak dengan komitmen tertunggak dan hutang keliling pinggang.

“Selain itu kesan Pandemik Covid-19 yang hakikatnya menyebabkan ramai hilang punca pendapatan, dibuang kerja, dicutikan tanpa gaji apabila PKP berpanjangan dilaksanakan Kerajaan terdahulu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, pengeluaran kali terakhir itu juga bertepatan dengan roh dan semangat Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6) (k)(l)(m).

“Yang menyatakan pengeluar adalah dibenarkan kepada “ahli Kumpulan Wang itu yang memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup termasuk akibat kesan Pandemik Covid-19”,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here