Doktor pakar berganding bahu jalankan pembedahan urologi

0
1

KUMPULAN pakar bedah daripada beberapa hospital swasta berganding bahu membantu menjalankan pembedahan urologi iaitu endoskopik Percutaneous Nephrolithotomy (PCNL).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Mass Urology Surgery Initiative (MUSI) itu dijalankan di Hospital Selayang secara pro bono (percuma).

Beliau berkata, ia bertujuan bagi membantu mengurangkan kes-kes tertangguh akibat pandemik Covid-19.

“Mencurah bakti fisabilillah kepada hospital awam. Pakar-pakar bedah daripada hospital KPJ Damansara, KPJ Sentosa, Hospital Avicenna dan lain-lain bersepadu menjayakan (MUSI).

“Pembedahan PCNL secara pro bono di Hospital Selayang ini bagi membantu mengurangkan kes tertangguh akibat Covid-19. Alhamdulilah

“Antara pakar-pakar bedah urologi swasta adalah Dato Dr Kamil dari Hospital KPJ Damansara, Dr Jamil Merican dari Hospital Avicenna, Dr Vikramjit Saren dari Hospital KPJ Sentosa,” katanya di Facebook, hari ini.

Pada 11 Februari lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah merasmikan MUSI Hospital Selayang yang akan dijalankan secara berterusan selama empat hari sehingga hujung minggu ini.

Inisiatif itu memabitkan anggota kesihatan dari pelbagai hospital kerajaan dan swasta.

Seramai 11 orang pakar urologi daripada Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Pengajar UPM, dan hospital-hospital swasta iaitu Hospital KPJ Damansara, Hospital KPJ Sentosa dan Hospital Avicenna yang terlibat.

Inisiatif itu juga hasil kerjasama pelbagai jabatan di peringkat hospital seperti Anestesiologi, Radiologi, Patologi, Pengurusan Hospital serta sokongan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Bahagian Perkembangan Perubatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here