Shuib bakal menamatkan zaman duda dengan adik Heliza Helmi?

0
2

KALAU tiada angin masakan pokok boleh bergoyang, begitulah gossip yang menjadi buah mulut netizen ketika ini yang mendakwa pelawak Shuib Sepahtu sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang gadis berusia 25 tahun.

Bagaimanapun, gadis yang merupakan adik kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi menafikan gossip itu dan tidak tahu daripada mana puncanya gosip itu boleh tercetus.

Malah lebih menghairankan, Hazwani menjelaskan, dia mengakui terkejut apabila dikaitkan bercinta dengan suami Allahyarham Siti Sarah itu kerana tidak pernah bertemu apatah lagi bercakap dengannya.

“Terkejut macam mana wujud gosip itu… memang tak benar sama sekali. Rasanya Shuib pun terkejut agaknya sebab kami memang tak pernah berjumpa, tak pernah berhubung dan tak pernah ada urusan.

“Semasa saya dapat tahu berita ini saya baru balik kelas, ada orang tag di Instagram… tertanya bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni? Terkejut tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tak betul. Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja, tak kenal secara peribadi,” katanya di Instagram.

Justeru, Hazwani berkata, kehidupannya sebagai pelajar membuatkannya sentiasa sibuk dengan pengajian serta meminta netizen supaya menapis berita yang dibaca di media sosial terlebih dahulu.

Shuib duda anak empat kini menjadi duda terhangat di Malaysia apabila sering sahaja memjadi bahan gosip berkaitan jodohnya selepas kematian isterinya 9 Ogos lalu kerana Covid-19. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here