Panglima ATM terima anugerah ketenteraan tertinggi Singapura

0
2

PANGLIMA Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menerima anugerah ketenteraan tertinggi Singapura, Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera) di Istana Singapura, hari ini.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan, memaklumkan pengurniaan itu disempurnakan Presiden Singapura Halimah Yacob, sebagai mengiktiraf sumbangan besar Affendi dalam aspek pengukuhan hubungan diplomasi pertahanan antara kedua-dua Angkatan Tentera Malaysia dengan Singapura.

Menurut MINDEF, hubungan diplomasi pertahan kedua-dua negara terus berkembang menerusi kepelbagaian aktiviti latihan ketenteraan dua hala.

“Ia termasuk Eksesais Malapura, Eksesais SEMANGAT BERSATU, dan Eksesais SAREX MALSING disamping beberapa perlaksanaan program lawatan peringkat tinggi, program tukaran pegawai dan penganjuran kursus kepakaran,” menurut kenyataan itu,

Terdahulu, Affendi menerima Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan Singapura sebelum mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau iaitu Leftenen-General Melvyn Ong, Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces.

Beliau seterusnya membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Singapura iaitu Dr Ng Eng Hen.

“Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan pertahanan dua hala yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Singapura di samping membincangkan kerjasama dalam mendepani cabaran keselamatan bersama di rantau ini,” katanya.

Selepas selesai penerimaan anugerah tersebut, Affendi turut mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Istana Singapura.

“Ia bagi mengesahkan lagi hubungan pertahanan yang kukuh serta melahirkan komitmen yang tinggi terhadap usaha dalam mempertingkatkan lagi kerjasama pertahanan dua hala,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here