Makmal dadah dibongkar

0
2

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Perak berjaya menumpaskan sindiket dadah yang menjadikan sebuah rumah di Meru Raya, Ipoh sebagai makmal memproses dadah pada Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata kejayaan itu hasil beberapa serbuan yang dijalankan di lima lokasi sekitar Perak dan Negeri Sembilan dengan nilai rampasan sebanyak RM348,768.

Menurutnya, serbuan tersebut berjaya menahan enam suspek dan merampas lima kenderaan serta dua barang kemas dengan anggaran bernilai RM181,500.

Kereta suspek yang dirampas dalam serbuan

“Pihak polis juga merampas dadah yang disyaki heroin anggaran berat 9.42 kilogram (kg) dan dadah disyaki syabu anggaran berat 1.14 kg dengan nilai anggaran RM 167,268.

“Turut dirampas bahan-bahan kimia serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Peralatan memproses dadah turut dirampas

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua suspek yang berusia 21 hingga 39 tahun direman selama enam hari mulai 14 hingga 19 Februari 2022 bagi membantu siasatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here