
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 1,269 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital setakat jam 5 petang tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosis kebanyakan pesakit adalah berada pada kategori kategori rendah.
Namun, katanya, pada hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi sehingga memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) atau hospital.
“Daripada 1,269 kes ini, 428 kes (33.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 6. Sementara, 841 kes (66.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi Facebook.
Bagaimanapun, menurut data yang dimuatnaik dalam hantaran itu mendapati, jumlah kemasukan ke hospital bagi kes baharu Covid-19 hari ini lebih rendah berbanding semalam dengan 1,360 kes. – Malaysiapost
