ATM buka pengambilan Pegawai Kadet lepasan ijazah

0
2

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menerusi kenyataan hari ini, ATM berkata calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson; Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, dan Sekolah Latihan Pegawai – Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar.

“Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.

“Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2022 iaitu https://jmt.mod.gov.my/index.php

“Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 April 2022,” kata kenyataan itu hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here