Orang lain pun nak makan sama, Rashid Sibir tegur pelakon demand

0
2

PENERBIT dan pengarah drama terkemuka, Rashid Sibir tampil meluahkan perasaannya berhubung sikap segelintir pelakon hero dan heroin yang tergamak mementingkan diri sendiri ketika zaman sukar ini.

Menurutnya, sikap mereka yang tidak boleh bertolak ansur selain meminta bayaran tinggi tanpa mengambil kira bajet yang diperoleh penerbit amat dikesali.

Menerusi hantaran Facebook miliknya, Rashid meluahkan mengenai perkembangan ‘tidak sihat’ dunia penerbitan drama yang ketika ini bergelut untuk meneruskan ‘survival’ dalam era pandemik Covid-19 ini.

“Ini bukan rintihan, apa lagi cemuhan. Hanya cerita biasa tapi ini adalah kenyataan sedang berlaku keras melampau.

“Pelakon hero minta belas ribu, tak nak bagi terus tak nak bincang terus tak nak. Tutup handphone. Pelakon heroin pun sama letak harga…. Tak nak carilah lain.

“Yang ada manager lagilah demand, siap kira hanya beberapa jam saja boleh bekerja sehari, apa nak jadi ni?,” katanya.

Rashid yang terkenal mengarah siri drama Tanah Kubur itu menjelaskan, untuk menghasilkan sebuah drama bukan hanya hero dan heroin sahaja diambil kira, sebaliknya semua kru yang terlibat.

“Dalam sebuah team shooting ada kru, ada team pekerja ada pelakon-pelakon lain juga. Bukan hero dan heroin saja berlakon.

“Ramai yang terlibat barulah boleh menjadi karya yang baik, tapi kalau dah bayar dua orang dah suku payment dari stesen, apa yang tinggal? Semua orang mesti faham keadaan ini,” katanya.

Jelasnya lagi, pelakon hero dan heroin mesti faham, bayaran untuk penerbitan sebuah drama oleh stesen televisyen tidaklah setinggi mana.

“Sekarang penerbit memang tak boleh bayar sebab bajet amat tipis. Jadi pelakon hebat yang demand belasan ribu ini mintalah ingat, orang lain pun nak makan sama.

“Ambillah bajet yang boleh dibayar tanpa membebankan supaya producer boleh membuat drama lagi dan boleh memanggil pelakon tadi lagi,” katanya.

Rashid juga mengingatkan pelakon agar memahami situasi yang dihadapi industri ketika ini.

“Kalau tak ada producer bukan saja pelakon tak boleh kerja, malah industri boleh tutup. Tetapi producer boleh bayar sekiranya pihak stesen penayang mestilah terbuka dengan masalah ini.

“Harga yang diberi biarlah setara dengan kehidupan sekarang di mana semua harga barang melambung tinggi,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here