KDN sentiasa iktiraf peranan APMM – Hamzah

0
1

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengiktiraf peranan, khidmat dan pengorbanan warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai agensi keselamatan utama yang menjaga samudera negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata APMM berkhidmat dan berkorban demi memelihara kedaulatan dan keselamatan maritim negara.

Beliau berkata, ia sejajar dengan iltizam besar KDN memelihara maqasid syariah itu menjaga nyawa, agama, akal, harta dan keturunan semua pihak di dalam negara.

“Selamat menyambut ulang tahun yang ke-17 saya ucapkan kepada para pegawai dan anggota APMM.

“Semoga Allah SWT memberkati segala khidmat serta pengorbanan anda selama ini dan saya berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi warga APMM dalam setiap penugasan yang dilaksanakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian sempena Sambutan Hari Ulang Tahun APMM ke-17 hari ini yang bertemakan ‘Kami Serius Melaksanakannya’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here