Umno Johor selaras kerjasama daripada negeri angkat – Hasni

0
1

UMNO Johor akan menyelaraskan semua kerjasama daripada negeri angkat yang turun membantu bagi memenangkan calon parti berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor Datuk Hasni Mohammad, berkata peranan dan tugasan yang diberikan perlu dilaksana dengan baik dan berstrategi,

“Kerjasama dengan negeri angkat perlu diselaraskan dengan betul kerana peranan mereka amat penting dalam membantu kemenangan calon dan parti kita.

“Laksanakanlah tugasan yang diberikan dengan baik dan berstrategi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurutnya, Jamil Khir dan barisan kepimpinannya hadir ke Rumah Umno Pontian, malam tadi bagi memberi sokongan kepada Umno Johor.

“Kehadiran mereka bagi menghadiri Majlis Taklimat PRN Johor bersama-sama kepimpinan Umno Pontian amat dihargai dan menyemarakkan lagi semangat kami.

“Bagi pihak Umno Bahagian Pontian, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Umno Kedah.

“Semoga pengalaman luas yang dimiliki Umno Kedah dapat dikongsi dengan Umno Johor untuk memenangi pilihan raya negeri kali ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here