4 ditahan peras ugut pemilik restoran RM450

0
1
Lebuhraya Persekituan kelihatan sesak disebabkan anggota-anggota PDRM memeriksa dokumen kebenaran daerah atau negeri pemandu kenderaan pada sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke pusat bandar ketika tinjauan hari ini. Kerajaan memutuskan untuk meletakkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah PKP bermula 7 hingga 20 Mei depan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan sejak 1 hingga 27 April lepas dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

EMPAT lelaki ditahan polis kerana dipercayai melakukan pemerasan dengan meminta RM150 sebagai wang perlindungan daripada pemilik sebuah restoran di Taman Melawati, Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata suspek yang berusia 27 hingga 44 tahun ditahan di lokasi kejadian, turut dirampas sebuah kenderaan dan sekeping sampul mengandungi wang tunai disyaki bayaran perlindungan, lapor BH Online.

“Siasatan awal mendapati suspek meminta wang perlindungan bulanan dan jumlahnya mengikut seikhlas hati. Dalam kes ini, sebanyak RM150 diberikan dan ia kali pertama.

“Soal siasat suspek membawa pengakuan melakukan pemerasan berkenaan. Pemeriksaan lanjut pula mendapati seorang suspek ada dua rekod jenayah, manakala keempat-empatnya negatif dadah hasil ujian saringan air kencing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semua suspek masih dalam tahanan reman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here