PRN Johor: Semangat jentera MIC bergelora – Vigneswaran

0
1

JENTERA MIC kini berada dalam keadaan bersemangat dalam usaha memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata semangat membara itu diterjemahkan ribuan ahli Briged MIC yang akan memainkan peranan mendapatkan sokongan masyarakat India serta rakyat Johor.

“Semangat ribuan ahli Briged MIC bergelora, siap siaga meraih sokongan masyarakat India dan rakyat Johor dalam PRN Johor yang akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohamad merasmikan Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di Johor Bahru yang turut dihadiri Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Sementara itu Hasni berkata semangat ditunjukkan MIC selaku rakan komponen BN begitu membara dan dilihat telah bersiap sedia untuk membantu kemenangan gabungan itu pada PRN Johor kali ini.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor.

Sementara hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here