PRN peluang betulkan Johor setelah dipimpin kerajaan haru biru 22 bulan

0
1
Khaled Nordin

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor memberi peluang untuk pengundi memperbetulkan semula negeri itu yang telah tertinggal jauh potensinya kerana ditadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ini kerana Naib Presiden Umno yang juga bekas Menteri Besar Johor itu berkata kerajaan negeri terdahulu ditadbir dengan ‘haru biru’ selama 22 bulan.

“Maka peluang yang ada ini sangat penting untuk rakyat memilih Barisan Nasional (BN) yang mempunyai ‘track record’ dalam menguruskan negeri bagi memimpin Johor lima tahun yang mendatang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu beliau hadir majlis taklimat dan penyerahan negeri angkat jentera BN Zon Selatan disempurnakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Johor Bharu malam tadi.

Zon Selatan melibatkan Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau yang akan diperkuatkan dengan jentera BN Sabah, diketuai Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Manakala Parlimen Johor Bahru dan Kulai diperkuatkan dengan jentera BN Wilayah Persekutuan diketuai Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here