20 PATI ditahan cuba masuk secara haram

0
1

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga wanita menyeludup masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan hari ini berkata, semua mereka ditahan pada jam 3.45 petang di laluan haram Felda Bukit Tangga, Kedah.

Menurut kenyataan itu, PATI berusia antara 15 hingga 55 tahun ditahan ketika sedang meniarap untuk melintasi pagar sempadan Malaysia-Thailand.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka adalah warganegara Myanmar, serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihaknya turut merampas pelbagai barangan peribadi termasuk telefon bimbit dan matawang Myanmar, Thailand serta Malaysia dengan anggaran nilai keseluruhan RM 6,801.

“Semua PATI itu diserahkan ke Jabatan Imigresen Anak Bukit, Alor Setar untuk tindakan lanjut.

“Pasukan akan meningkatkan lagi kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here