‘Kita sudah buktikan kerajaan Umno stabil’ – PM 

0
1
https://www.facebook.com/photo?fbid=506961090778552&set=pcb.506961404111854

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak timbul isu bahawa kerajaan akan lebih stabil jika Umno tidak menjadi kerajaan.

Ismail Sabri berkata, pada masa ini Umno berada dalam kerajaan dan beliau sendiri adalah Perdana Menteri daripada parti itu.

Malah, Perdana Menteri menegaskan beliau mendapat sokongan daripada rakan-rakan parti lain.

“Kita dah tunjuk (buktikan) kerajaan ini stabil, saya sendiri Perdana Menteri Umno dan disokong oleh rakan-rakan parti yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kestabilan politik negara juga dibuktikan dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini, ia semua bagi memastikan politik negara dalam keadaan stabil, jadi tiada isu seperti yang dikatakan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi  Md Nor berkata, kestabilan politik dalam negara hanya boleh dicapai sekiranya Umno tidak lagi memerintah.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, ketidakstabilan politik menyebabkan beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) terpaksa diadakan akibat tindakan BN selepas diberi peluang kembali memerintah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here