Kerajaan disaran laksana gaji minimum RM1,350 bulan depan – MTEM

0
1

MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)menyambut baik cadangan kerajaan untuk menaikkan penetapan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan pada hujung tahun ini.

Pengerusinya, Halim Husin, berkata MTEM menyifatkan ia adalah langkah yang sudah lama tertunggak kerana umum mengetahui gaji dan upah di Malaysia amat rendah.

Namun, beliau berkata, disebabkan Arahan Gaji Minimum 2020 telah lupus akhir tahun lalu, pihaknya menyarankan kerajaan , meningkat gaji minimum kepada RM1,350 serta merta pada bulan depan.

“Ia sebagai langkah sementara sebelum meningkatkan kepada cadangan peningkatan RM1,500 pada Januari 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sekitanya formula gaji minimum Kementerian Sumber Manusia menggunakan pendapatan garis kemiskinan, produktiviti dan elemen indeks harga pengguna (CPI), MTEM mendapati angka gaji minimum adalah RM1,832.

“Itu angka berasaskan data-data purata seluruh negara. Namun pihak kementerian mungkin ingin menyelaraskan keperluan dan kedudukan ekonomi negeri-negeri secara terperinci dan akan memutuskan angka lebih realistik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya gaji minimum diukur dan dikaitkan dengan KDNK per kapita, Malaysia adalah negara yang paling kedekut di antara negara jiran di dalam ASEAN dari segi memberi upah pekerja.

“Hakikatnya, Gaji Minima negara buat masa ini adalah lebih rendah daripada Greater Jakarta dimana mereka membayar sebanyak USD326 sebulan (berdasarkan 40 jam bekerja seminggu)

“Berbanding dengan Malaysia yakni USD286 berdasarkan 48jam bekerja seminggu atau RM1,200,” katanya.

Justeru, katanya, MTEM mencadangkan beberapa langkah wajar perlu diambil untuk mengurangkan atau impak jangka pendek kepada syarikat kecildan mikro untuk masa yang terhad.

“Tetapi bagi syarikat sederhana dan besar,impaknya agak kecil bagi kebanyakan sektor,” katanya.

Dalam pada itu, MTEM menyifatkan gaji yang rendah di Malaysia akan memberi kesan jangka panjang menyebabkan kebanyakan rakyat sukar untuk menangani kos kehidupan.

“Apatah lagi setelah kebanyakan rakyat telah hampir mengosongkan simpanan KWSP akibat kesan pandemik Covid-19, sekali gus menempah kemiskinan dihari tua,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here