Pemuda PN umum barisan jawatankuasa

0
1

PEMUDA Perikatan Nasional (PN) mengumumkan barisan jawatankuasanya, hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari, berkata beliau akan dibantu lima timbalan iaitu Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu); Kong Soon Choi (STAR); Jamain Sarudin (SAPP); Wong Chia Zhen (GERAKAN) dan Afnan Hamimi Bin Taib Azamudden (PAS).

“Adalah dimaklumkan dengan berdasarkan peruntukan Fasal 23 Perlembagaan Parti Perikatan Nasional (Pindaan 2021),” katanya, hari ini.

Sementara itu, jawatan Setiausaha Pemuda PN disandang Muhd Khidir Izaidin dan dibantu Muhammad Faiz Rahmad (Bersatu).

Manakala, Khairul Nadzir Helmi Azhar daripada PAS dilantik menjadi Ketua Penerangan Pemuda PN dan Syafiq Mohd Zin daripada Bersatu dilantik sebagai bendahari.

Sebanyak 16 individu yang terdiri daripada setiap parti kompenen PN dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda PN. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here