‘Buang je la kalau saya tak layak’ – Iqbal

0
2

TIDAK tahan dikecam teruk kerana menyertai program nyanyian Big Stage, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya bersuara bagi mempertahankan dirinya.

Mengakui diriya peserta paling teruk, Iqbal mencabar juri untuk menyingkirkannya di konsert kedua Ahad ini.

Jelasnya, dia hanyalah seorang ahli perniagaan dan bukan seorang penyanyi dan sedia menyerahkan nasibnya kepada juri.

“Mungkin saya peserta paling teruk sepanjang empat musim, tapi bagi saya tak mengapalah. Buang je la kalau saya tak layak. Kalau saya tak layak tak mengapa, saya okay je.

“Saya adalah usahawan dan bukannya penyanyi sebenar. Jadi jangan bandingan saya sebagai penyanyi dalam situasi ini,” katanya.

Menjawab anggapan orang ramai bahawa penyertaannya dalam Big Stage seolah-olah menutup periuk nasi penyanyi lain, Iqbal berkata, itu adalah rezekinya dan orang ramai perlu menerima hakikat.

“Kenapa saya terpilih? Itu adalah rezeki saya, kena terima itu. Bagi sesiapa yang nak sertai pandai-pandai la marketing diri sendiri dan cari peluang selain jaga attitude untuk orang panggil. Jangan pertikaikan saya, fikir untuk diri sendiri. Jangan ada sikap nak nafikan rezeki orang,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berharap orang ramai tidak salah faham kerana dia menerima tawaran menyertai Big Stage bukan untuk mencari publisiti.

“Ini bukan tempat saya mencari publisiti, tolong jangan salah faham. Saua bukan masuk untuk dikecam sebab nak popular, saya bukan orang macam itu,” katanya.

Iqbal menyanyikan lagu Broery Marantika, Biar Bulan Bicara Sendiri, pada konsert pengenalan Big Stage Ahad lalu.

Namun, selesai sahaja persembahan, terdengar berita bahawa anak jati Kelantan ini ingin menarik diri daripada pertandingan tersebut selepas menerima kecaman hebat banyak pihak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here