Budak 5 tahun maut jatuh tingkat 10

0
1

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 bangunan kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, hari ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima maklumat awam pada jam 8.20 pagi tadi melalui panggilan MERS 999 berhubung
penemuan mangsa yang juga anak anggota polis dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan ambulans Briged Tengah PGA.

“Usaha menyelamatkan mangsa dijalankan kira-kira jam 9.45 pagi namun mangsa telah disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, berdasarkan siasatan mangsa didapati berada berseorangan di rumah ketika kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pengabaian ke atas anak-anak bawah umur bagi mengelak kejadian tidak diingin berlaku

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai berhampiran atau terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407,” katanya. Malaysiapost

Kredit Foto: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here