KKM luluskan penggunaan Covaxin

0
1

Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk vaksin Covid-19 jenis Covaxin buatan India.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kelulusan itu dibuat melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-369 yang telah bersidang pada hari ini.

“Covaxin digunakan untuk imunisasi aktif bagi mencegah Covid-19 yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 di kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat  ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Ia berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit–risk balance) bagi vaksin tersebut kekal positif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada vaksin bagi tujuan pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia.

“Ini dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here