‘Ini peluang saya tibai KJ kaw-kaw’ – Abu Syafiq

0
1

PENDAKWAH bebas, Abu Syafiq bertekad menggunakan platform perundangan untuk ‘melanyak’ sebaik mungkin Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Pemilik nama penuh Mohd Rasyiq Mohd Alwi itu akan menggunakan saluran perundangan terhadap Khairy berhubung dakwaannya terhadap Menteri Kesihatan itu mengenai isu vaksin.

“Saya pun akan lawan KJ kat Mahkamah Tinggi. Bukan mahkamah dunia je. Mahkamah akhirat pun saya akan tuntut.

“Dia ingat kita takut ke! Ramai nyawa melayang, banyak badan yang rosak, ribuan keluarga hilang punca. Ini peluang saya tibai dia kaw kaw,” tulisnya di Instagram, hari ini.

Khamis lalu, Khairy memfailkan saman fitnah terhadap Abu Syafiq dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saman itu dibuat susulan tulisan dalam talian antara 20 Oktober tahun lalu hingga 10 Januari tahun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Saman tersebut difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.

Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.

Bagaimanapun Abu Syafiq dalam kenyataan balas berkata, beliau berhasrat untuk membuat saman balas sebanyak RM500 juta terhadap Menteri Kesihatan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here