Idris Ahmad kini bergelar Datuk

0
1

SENATOR Idris Ahmad dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah 2022.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berita gembira itu turut dikongsi PAS menerusi satu hantaran di Facebook yang mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden parti itu.

“PAS merakamkan ucapan tahniah buat YB Senator Datuk Idris Ahmad atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

“Pengurniaan tersebut telah diperkenan oleh sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2022.

“Semoga YB Senator Datuk terus teguh dan dipermudahkan segala urusan dalam berbakti kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here