Covid-19 : Malaysia catat kadar R-naught paling tinggi semalam

0
1

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan negara terus merekodkan trend peningkatan bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught) virus Covid-19.

Menerusi ciapan di laman Twitter, beliau berkata kadar kebolehjangkitan virus tersebut mencatatkan 1.27 semalam berbanding 1.20 pada Sabtu, sekali gus menjadi R-naught tertinggi pernah dicatatkan negara.

Berdasarkan infografik yang dikongsi, dua negeri merekodkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, iaitu Sabah mencatat kadar tertinggi dengan 1.47 dan diikuti Perlis dengan 1.40.

Ia diikuti Sarawak dengan 1.30 manakala Labuan, Putrajaya, dan Kedah masing-masing mencatat 1.25.

Seterusnya Terengganu (1.23), Johor (1.22), Selangor (1.21), Pulau Pinang (1.20) dan Pahang (1.20).

Diikuti Melaka (1.16), Perak (1.15), Negeri Sembilan (1.13), Kelantan (1.11) dan Kuala Lumpur (1.10).

Semalam, media melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes jangkitan Covid-19 dalam negara boleh mencapai sehingga 22,000 pada akhir Mac ini.

Jangkaan tersebut dibuat berdasarkan nilai kebolehjangkitan dalam negara ketika ini ialah Rt 1.2.

Malaysia mencatatkan R-naught tertinggi adalah 1.21 pada 23 Mei tahun lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Kes baharu harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan mendadak, melebihi angka 10,000 semalam.

Rekod kes Covid-19 sebanyak 10,089 semalam adalah buat pertama kali dalam tempoh lebih empat bulan, di mana kali terakhir kes di Malaysia melebihi angka 10,000 ialah 10,915, pada 2 Oktober tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here