Lata Mangeshkar meninggal dunia 

0
1

PENYANYI lagenda dan bintang Bollywood, Lata Mangeshkar, 92, meninggal dunia di Mumbai akibat dijangkiti Covid-19 hari ini. 

Memetik The India Express portal, Pengarah Perubatan Hospital Breach Candy mengesahkan Mangeshkar meninggal dunia pada 8.12 pagi tadi. 

“Dia datang ke sini sebagai pesakit Covid-19 dan usia adalah penghalangnya. Kami mencuba tahap yang terbaik untuk menyelamatkan legenda. 

“Tetapi dia mengalami komplikasi,” katanya. 

Mangeshkar telah didiagnosis dengan Covid-19 dan radang paru-paru. 

Kerajaan India menerusi kenyataan memaklumkan sebagai tanda penghormatan kepada pemenang anugerah Bharat Ratna itu, dia akan menerima istiadat pengebumian negara dan negara berkabung dengan bendera dikibarkan separuh tiang hingga Isnin. 

Mengulas lanjut Dr Pratit Samdhani dari hospital Breach Candy, yang merawatnya   berkata beliau telah melakukan prosedur tertentu kepada mendiang dan dia bertindak balas dengan baik, tetapi kemudian keadaannya semakin merosot. 

Mangeshkar dimasukkan ke hospital Breach Candy pada minggu pertama Januari selepas dijangkiti Covid-19. 

Penyanyi serba boleh, yang digelar ‘Nightingale of India’, telah meminjamkan suaranya kepada ribuan lagu dalam 36 bahasa dalam kerjayanya yang menjangkau hampir lapan dekad. 

Mangeshkar menerima tiga Anugerah Kebangsaan, iaitu Anugerah Dadasaheb Phalke pada tahun 1989. 

Pada tahun 2001, beliau dianugerahkan Bharat Ratna atas sumbangannya kepada seni, sekali gus vokalis kedua menerima penghormatan itu selain gergasi muzik mendiang Carnatic dan MS Subbulakshmi. 

Dia juga diberi penghormatan dengan Padma Vibhushan dan Padma Bhushan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here