SEBANYAK 11 lagi kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 32,011 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, empat daripada 11 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 63,395 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 55,795 individu atau 88 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 4,092 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 3,426 kes dirawat di hospital dan 118 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 57 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

