Amaran ribut petir babit 3 negeri pagi ini

0
2

AMARAN ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di melanda tiga negeri pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda di beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sehingga jam 1 tengah hari ini.

“Ia melibatkan negeri Pahang iaitu Bera dan Rompin, manakala Negeri Sembilan membabitkan Jempol dan Tampin.

“Johor pula membabitkan Tangkak, Segamat, Kluang dan Mersing,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here