PH calonkan Sheikh Umar bagi DUN Paloh

0
2

PAKATAN Harapan (PH) mengumumkan Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam satu kenyataan, PH memaklumkan Sheikh Umar adalah calon ‘incumbent’ atau penyandang jawatan susulan berjaya memenangi DUN Paloh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mengalahkan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 783 undi.

“Kemenangan tersebut merupakan kemenangan sulung parti pembangkang sejak kerusi DUN Paloh diwujudkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sheikh Umar merupakan Naib Pengerusi DAP Johor merangkap Ketua Pemuda DAP negeri dan juga Ketua Penerangan PH Johor.

Semasa pentadbiran PH, Sheikh Umar telah memegang jawatan sebagai Exco Keusahawanan, Ekonomi Kreatif, Penerangan, Belia dan Sukan Johor.

“Dengan rendah diri, PH menamakan Sheikh Umar untuk meneruskan khidmat baktinya sebagai wakil rakyat pada PRN kali ini.

“Dengan komposisi pengundi sekitar 47 peratus Melayu, 37 peratus Cina, 15 peratus India dan satu peratus Orang Asli, Sheikh Umar adalah tawaran terbaik PH bagi kerusi N.30 DUN Paloh,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here