PELAKON dan penyanyi Nabila Razali memaklumkan dirinya dijangkiti virus Covid-19 buat kali kedua, hari ini.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali memberitahu dia terpaksa menghadapi ujian kali kedua ini dengan menangguh dan membatalkan kerja sepanjang tempoh 10 hari.
Penyanyi berusia 29 tahun ini juga memohon maaf kepada semua pihak penganjur dan sesiapa yang terkesan dengan berita berkenaan.
“Assalamualaikum WBT, dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus #Covid19 buat kali yg kedua.
“Banyak kerja terpaksa saya tangguh/ batal untuk 10 hari mendatang. Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yg terkesan dengan berita ini.
“Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. Covid is real guys and it’s still out there. Stay safe,” katanya di Instagram, hari ini.
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti mendoakan agar pelakon drama ‘Seindah 7 Warna Pelangi’ itu segera sembuh. – Malaysiapost

