‘Baru jam 10 pagi, ayam dah tiada’ – Syed Saddiq

0
1

KRISIS bekalan ayam mentah di pasaran mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Malah, pengasas parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu juga melahirkan kebimbangan berikutan kekurangan bekalan ayam masih lagi berterusan walaupun selepas sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

“Dah jadi sebelum Tahun Baru Cina. Mungkin akan berlarutan sampai Raya. Risau saya, membimbangkan!,” katanya di Facebook, hari ini.

Menurutnya, ramai penjual ayam mengeluh dan terpaksa membayar harga ayam yang tinggi daripada pembekal jika tidak mereka tidak akan mendapat bekalan ayam.

“Banyak penjual ayam dekat Pasar Taman Dahlia mengeluh. Harga ayam terpaksa naik, kalau tak pembekal sekat bekalan ayam.

“Dulu, satu hari boleh dapat 300 bekalan ayam, sekarang 50 ayam saja. Kalau dulu dengan stok ayam banyak, boleh jual sampai tengahari,” katanya.

Syed Saddiq turut berkongsi pengalamannya yang terpaksa akur ketiadaan bekalan ayam apabila hadir ke pasar berkenaan pada jam 10 pagi.

“Ini saya datang pukul 10, semua dah tutup. Macam mana penjual nak untung kalau dapat jual 50 ayam sehari,” keluhnya.

Orang ramai terutama peniaga ayam resah berikutan bekalan ayam mentah semakin sukar diperolehi selepas Tahun Baru Cina.

Malah, para peniaga ayam terpaksa menerima harga yang tinggi untuk mengelakkan bekalan ayam terputus. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here