BAGAIMANA generasi muda hendak jadi pemimpin masa hadapan negara jika hal remeh seperti air mineral pun boleh menjadi isu, keluh Mohamad Nedim Mohamed Nazri.
Anak kepada bekas menteri itu membidas segelintir netizen menerusi ciapan di Twitter berhubung isu air mineral ‘kayangan’ jenama Evian.
Menurut Nedim yang juga suami kepada pelakon Nora Danish, dia menyifatkan golongan tersebut adalah dungu kerana gemar mencari kesalahan orang lain meskipun hanya mengenai air mineral.
“Teruk sangat orang bebal sekarang ni, pasal air mineral pun depa cari point,” ciapnya.
Terdahulu, klip video yang memaparkan air mineral Evian 500 ml yang dihidangkan dalam satu Mesyuarat Khas Menteri pada 31 Januari lalu telah mencuri perhatian netizen.
Menurut Nedim, bagaimana golongan itu terutama generasi muda sekarang dapat memimpin negara pada masa akan datang kerana hal remeh seperti itu juga menjadi perdebatan hebat sejak beberapa hari lalu.
“Generasi muda jenis ini nak jadi pemimpin masa depan ? Mampus,” katanya.
Tinjauan di ruangan komen, pelbagai pandangan dilontarkan netizen sama ada menyokong atau mengecam pandangan Nedim terhadap isu itu. – Malaysiapost

