PM, isteri lawat pusat jagaan warga emas

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa mengunjungi Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee Fund di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut bersama mengunjungi pusat jagaan warga emas itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Katanya, beliau dan isterinya menyambut Tahun Baharu Cina bersama 33 warga emas di situ sambil beramah mesra dan makan limau bersama mereka.

“Sempena Tahun Baharu Cina, saya bersama isteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun melawat warga emas di pusat jagaan itu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ismail Sabri berkata, garis wajah penghuni pusat jagaan itu menunjukkan pelbagai pengorbanan, namun terselit kasih sayang yang amat besar di sebalik senyuman.

“Kasihilah ibu dan ayah kita selagi mereka masih ada. Kasih mereka tiada galang ganti. Terima kasih pusat jagaan yang menjaga mereka dengan amat baik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here