Fenomena Air Pasang Besar atau Air Pasang Perbani

0
1

ORANG ramai terutama penduduk negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia disaran agar lebih berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang besar yang diramalkan berlaku pada 1 hingga 5 Februari ini.

Ramalan air pasang besar atau air pasang perbani dikeluarkan oleh Pusat Hidrografi Nasional meramalkan Air Pasang Besar bagi Februari 2022.

Menurut agensi berkenaan, fenomena itu terjadi semasa kedudukan matahari, bulan dan bumi dalam keadaan sejajar iaitu semasa fasa anak bulan dan bulan purnama serta boleh terjadi dua kali dalam sebulan.

“Pusat Hidrografi Nasional meramalkan Air Pasang Besar bagi Februari 2022 diramalkan berlaku pada 1 hingga 5 Februari 2022 sesuai dengan data ramalan Jadual Pasang Surut Malaysia 2022 yang dikeluarkan oleh Pusat Hidrografi Nasional.

“Penduduk disaran agar lebih berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang besar terutama negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” menurut agensi berkenaan dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Pusat Hidrografi Nasional turut menyarankan agar orang ramai sering memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk agensi berkenaan bagi pemantauan banjir atau keselamatan di kawasan pesisiran pantai.

“Dapatkan naskah Jadual Pasang Surut Malaysia edisi 2022 atau layari https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai paras air pasang besar bagi tahun 2022,” katanya.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Sabah pada petang ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here