Pasang RFID pada nombor plat, pelekat roadtax boleh kesan aktiviti jenayah

0
1

BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada nombor plat dan pelekat cukai jalan (roadtax) boleh membantu mencegah dan mengesan aktiviti jenayah.

Menerusi ciapan di laman Twitter, beliau berkata langkah tersebut pernah dicadangkan sebelum ini semasa masih berkhidmat dalam kerajaan.

“Saya pernah cadangkan masa saya berkhidmat. Ia boleh mencegah jenayah dan juga mengesan mereka yang melakukan jenayah,” katanya dalam hantaran itu, hari ini.

Pada masa sama, Musa berkata, no plat kenderaan seharusnya dikeluarkan oleh pihak berwajib dan bukannya kedai aksesori atau alat ganti kenderaan.

“Nombor plat harus dikeluarkan oleh pihak berwajib dan bukan kedai biasa,” ujar beliau.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan dalam cadangan memperkenalkan sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya menggunakan teknologi RFID menjelang 2025.

Pada masa ini, penggunaan teknologi RFID memerlukan pengguna membeli sekeping tag dari Touch ‘n Go pada harga RM35. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here