78,093 mohon sertai PKR

0
1

PKR telah menerima sejumlah 78,093 permohonan keanggotaan baharu setakat penutupan pendaftaran parti berkenaan semalam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata permohonan ahli baharu itu diterima sejak 24 November tahun lalu.

“Penyertaan dengan jumlah yang begitu besar ini menunjukkan PKR terus mendapat sokongan dan dokongan rakyat untuk terus memacu politik dan kepimpinan negara.

“Anggota-anggota yang telah berdaftar sehingga 31 Januari 2022 ini akan dibentangkan kepada Cabang untuk proses semakan.

“Bantahan dibuat sebelum senarai ini dimasukkan ke dalam Daftar Anggota Induk Parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, proses semakan dan bantahan akan dibuka bermula 3 Febuari sehingga 9 Febuari ini.

Beliau berkata, sekiranya terdapat bantahan pada senarai anggota baharu yang dibekalkan, Cabang boleh kemukakan bantahan kepada Pejabat Setiausaha Agung sebelum atau pada 9 Februari.

Menurutnya, kesemua bantahan yang dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan akan diproses dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat.

”Keputusan Majlis Pimpinan Pusat ke atas setiap bantahan yang diterima adalah muktamad.

“Ibu Pejabat akan mengeluarkan Daftar Anggota Induk yang lengkap seawal 18 Februari 2022 dan akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti bagi melengkapkan Daftar Pemilih untuk kegunaan pemilihan Pprti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here