5,566 kes baharu Covid-19 hari ini

0
1

KES baharu Covid-19 kembali mencecah angka 5,000 apabila sebanyak 5,566 dicatatkan hari ini, setelah dua hari berturut-turut kekal di angka 4,000.

Sebelum ini, sebanyak 4,915 kes baharu direkodkan pada Ahad dan 4,774 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,876,324 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here