93,365 penduduk dewasa terima dos penggalak semalam

0
1
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

MALAYSIA mencatatkan seramai 93,365 individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 11,988,626 atau 51.2 peratus setakat ini.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 22.92 juta atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap divaksinasi.

Manakala, 23.2 juta individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2.78 juta individu atau 88.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksinasi, manakala 2.86 juta individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian juga menunjukkan sejumlah 95,857 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 955 dos pertama dan 1,537 dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here