PRN Johor: AMK kenal pasti kerusi boleh ditandingi

0
2

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) mengemukakan sekurang-kurangnya enam calon daripada sayap itu kepada pucuk pimpinan PKR untuk dipertimbangkan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, AMK turut mengenal pasti kerusi yang wajar diletakkan calon muda AMK termasuk di kawasan bandar raya ini.

“Anak muda AMK sedia diberi tanggungjawab bertanding di kerusi yang mungkin agak sukar dan bukan kerusi yang tradisinya boleh dimenangi PKR.

“Ada kerusi yang kita kenal pasti di kawasan Johor Bahru dan luar bandar. Jadi bagi saya biar ada keseimbangan di situ.

“Kita cadangkan 30 peratus daripada calon PH yang akan bertanding dalam PRN Johor adalah calon muda,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat AMK Johor di Johor Bahru, hari ini.

Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menegaskan, AMK akan menumpukan isu orang muda walaupun menyedari anak muda tidak meminta atau mahukan PRN diadakan.

Menurutnya, pandangan dan ‘mood’ politik ketikq ini yang mahukan lebih ramai anak muda ke depan selain mahukan kepemimpinan lebih segar mengambil amanah serta tanggungjawab sebagai pemimpin.

“Ini bukan kepentingan rakyat Johor atau mahu tentukan siapa Menteri Besar semata-mata tetapi hakikatnya ada percaturan politik yang lebih besar di Johor boleh berlaku sedangkan PRU dalam tempoh setahun,” katanya.

Selain isu anak muda, pihaknya juga akan membawakan isu besar dalam PRN berkenaan contohnya isu harga barang yang terus naik di samping kelangsungan hidup rakyat. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here