4,915 kes baharu Covid-19 hari ini

0
2
Seorang wanita menggunakan payung dalam keadaan cuaca panas.

SEBANYAK 4,915 kes baharu Covid-19 direkodkan berbanding 3,056 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu sekali gus menjadikan keseluruhan 2,780,771 daripada 2,865,984 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Beliau berkata, 120 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 103 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 17 lagi disyaki dijangkiti virus itu.

Sementara itu, 65 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan 50 pesakit positif Covid-19 dan selebihnya 15 kes masih dalam siasatan.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 188 kes import dan baki 4,727 kes jangkitan tempatan yang membabitkan 4,573 warganegara serta 154 warga asing.

“Daripada jumlah kes baharu itu, hanya 0.8 peratus dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara pula direkodkan pada kadar 1.14, dengan Negeri Sembilan dan Putrajaya mencatatkan kadar R-Naught tertinggi 1.20 dan diikuti Kedah (1.18),” katanya dalam kenyataan hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here