Tidak mengejutkan PAS guna logo PN

0
2

UMNO tidak terkejut dengan keputusan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ini kerana parti itu adalah komponen dalam gabungan PN.

“Tidak ada apa-apa yang luar biasa. PAS dan Bersatu adalah anggota PN.

“Sudah semestinya mereka bergabung di bawah PN pada PRN Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi,” katanya seperti dilapor BH, hari ini.

Terdahulu, PAS dan Bersatu hari ini mengesahkan kedua-dua parti itu akan bertanding menggunakan logo PN pada PRN Johor.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu dipersetujui PAS menerusi resolusi muzakarah kedua-dua parti hari ini.

PAS dan Bersatu turut sepakat akan memperkukuhkan jalinan kerjasama sebagai satu pasukan sehingga ke peringkat akar umbi.

PRN Johor bakal diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari depan bagi menentukan tarikh PRN Johor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here