Maszlee dakwa SPRM guna taktik ugutan

0
2

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan taktik ugutan terhadap beliau dan kakitangannya ekoran pembabitannya dalam demonstrasi terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Saya rasa perlu saya bawa kepada pengetahuan umum dan Menteri Dalam Negeri bahawa pada waktu ini saya sedang diintimidasi.

“Bagaimana pegawai SPRM telah datang intimidasi pegawai-pegawai saya di Simpang Renggam dan individu yang telah membantu saya,” katanya seperti dilapor MalaysiKini.

Maszlee mendakwa pegawai SPRM menyiasatnya berdasarkan laporan yang dibuat terhadapnya, berkait dengan tindakan diambilnya semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Simpang Renggam serta ketika berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan.

“Mereka (pegawai SPRM) kata ada laporan (dibuat) terhadap saya. Laporan apa?

“Program-program pendidikan, program untuk memandaikan rakyat dan prog mengalakkan pembacaan untuk murid kembali ke sekolah.

“Adakah ini satu dosa kepada SPRM? Negara kita ke mana perginya ini?,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar balai polis daerah Dangi Wangi hari ini.

Maszlee dipanggil untuk disoal siasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung penglibatannya dengan demonstrasi yang diadakan oleh Pemuda PKR dan Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) yang berlangsung di luar bangunan Parlimen pada 20 Januari lalu.

Beliau ditemani peguamnya Roger Chan Weng Keng, dan mendakwa bahawa polis bertindak secara profesional semasa disoal siasat.

Bagaimanapun, Maszlee berpendirian bahawa beliau tidak sepatutnya menjadi individu yang perlu disoal, tetapi pihak yang mempunyai ‘berjuta-juta saham dalam akaunnya, yang didakwa milik adiknya’ dengan merujuk kepada Azam.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil empat Ahli Parlimen pembangkang untuk dirakam percakapan berhubung isu pemilikan saham membabitkan Azam.

Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Datuk Maria Chin dipanggil ke Ibu IPD Dang Wangi, susulan penerimaan memorandum melibatkan saham Azam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here