MAKLUMAN cuti kelepasan untuk negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari ini, seperti ditularkan di media sosial, baru-baru ini adalah palsu.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi hantaran di Facebook (FB) menafikan maklumat tersebut.
“Perkara ini merujuk kepada tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di Whatsapp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]’ mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari 2022 (Khamis).
“Sehubungan itu, JPM ingin menegaskan bahawa maklumat yang tertera tersebut adalah tidak benar,” katanya.
Justeru, JPM meminta orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. – Malaysiapost

