Tun M makin pulih

0
2

PENILAIAN pasukan doktor pakar Institut Jantung Negara (IJN) yang merawat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendapati kesihatan beliau semakin pulih.

Berita itu dikongsikan anak sulungnya, Datin Paduka Marina Mahathir menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau turut memaklumkan bapanya sudah dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari ke bilik wad biasa di IJN, hari ini.

“Tun Dr Mahathir ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Bagi mengelak jangkitan, Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini.

“Sekali lagi, Tun Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan supaya beliau sembuh sepenuhnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here