16 kematian baharu akibat Covid-19

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 16 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 31,918 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiga daripada 16 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 45,699 kes aktif Covid-19 di seluruh negara termasuk 131 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 65 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi proses kuarantin, sebanyak 38,545 individu atau 84.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 4,188 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,559 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,840,225. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here