SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes berkaitan suruhanjaya tersebut.
Individu pertama, Nur Hazirah Mohamad Yusup, 32, mempunyai alamat terakhir di No 38 Persiaran Taman Meru 16, Taman Meru 2C Jelapang, 30020 Ipoh, Perak.
Sementara itu, individu kedua, Mohamad Firdaus Ab Rashid, 40, mempunyai alamat terakhir di 7251 Pongsu Seribu, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu PPs Mohd Shahril Md Shariff di talian 04-9761982,” kata SPRM menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

