Bangunkan ekonomi Johor jadi misi PH

0
1

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi bukan sekadar memilih kerajaan negeri yang akan datang, kata Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Sebaliknya beliau berkata ia mengenai menetapkan hala tuju baharu untuk Johor dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Sekatan rentas sempadan pada 2020 melumpuhkan ekonomi Johor Selatan. Banyak keluarga dan perniagaan menderita. Kita tidak boleh biarkan perkara itu berlaku lagi.

“Mengambil petunjuk dari bagaimana Shenzhen berjaya mengatasi Hong Kong dalam dekad lalu, tiba masanya untuk kita mengubah haluan dan mengurangkan pergantungan kita kepada Singapura.

“Membangunkan ekonomi Johor akan menjadi misi utama Pakatan Harapan (PH) dan sekutu kita,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, DAP memiliki 14 daripada 56 kerusi di Johor manakala rakannya dalam PH iaitu PKR dengan tujuh kerusi manakala Amanah mempunyai enam kerusi.

DUN Johor diterajui Barisan Nasional (BN) dengan 28 kerusi merangkumi Umno (14 kerusi), MIC (dua) serta disokong Bersatu (11) dan PAS (satu). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here